Cabaran Urban Kuala Lumpur Kreatif

Undilah untuk penyelesaian yang terbaik buat
Pusat Bandar Kuala Lumpur

Sejak Jun 2023, lebih 70 peserta telah menyahut Cabaran Urban KL Kreatif. Dari kalangan inovator, komuniti dan usahawan, pelbagai penyelesaian yang kreatif telah dikemukakan dengan tujuan mengatasi isu-isu urban di Pusat Bandar KL hari ini.

Kini, kami memerlukan sokongan ANDA!

Undian anda mampu mentransformasikan Pusat Bandar KL. Undilah solusi yang anda yakin mampu meremajakan pusat bandar kita.

Undian telah tamat
00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat
20 September 2023
Belanjawan 2023 Malaysia Madani logo
Untuk memberikan nafas baharu kepada Pusat Bandar KL, para pemohon telah mengemukakan penyelesaian urban mereka yang terbaik bagi membolehkan Pusat Bandar KL lebih selesa didiami. Berikut disenaraikan 8 peserta terpilih!

Mari kenali semua finalis

Selepas penilaian pakar, sesi bengkel dan pembentangan akhir peserta, panel hakim kami telah memilih penyelesaian yang paling inovatif bagi Cabaran tersebut.

Persekitaran Lebih Baik untuk Semua
Recycling Used Cooking Oil Collection Points
Mempertingkat Ketersampaian Bandar
Urban Mobility-as-a-Service for Downtown KL
Asia Mobiliti Technologies
Persekitaran Lebih Baik untuk Semua
Food Waste Treatment with Insects in 7 days
Entomal BioTech
Mempertingkat Ketersampaian Bandar
Grand Line of KL
getBiiB.com
Persekitaran Lebih Baik untuk Semua
Himpun EcoCultural hub
Moore Authentics
Persekitaran Lebih Baik untuk Semua
Mossy - A.I. Natural Air Purifier
Natalie Loi Yoke Kei
Mempertingkat Ketersampaian Bandar
Project Genie
Mempertingkat Ketersampaian Bandar
IncluCity

Undi solusi kegemaran anda

26 OgoS
- 20 SepT 2023
  • check-outline
    Cara untuk mengundi
    Anda boleh mengundi untuk projek dalam setiap halaman projek dengan alamat emel yang sah. Anda boleh mengundi untuk lebih daripada satu projek. Namun, setiap projek hanya boleh diundi sekali sahaja dengan setiap alamat emel.
  • check-outline
    Cara lain untuk anda menunjukkan sokongan
    Ingin sokong sesebuah projek? Isi borang di halaman projek tersebut dan beritahu kami bagaimana anda mahu terlibat sama.
  • check-outline
    Bagaimanakah undian anda dikira
    Semua undian sah yang dihantar semasa tempoh pengundian akan dikira. Projek dengan jumlah undian yang tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang Hadiah Utama Cabaran Urban KL Kreatif. Pemenang Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati akan diumumkan di sebuah majlis anugerah pada hari Selasa, 26 September 2023. Acara tersebut dibuka untuk semua dan akan turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Think City.

Lihat projek-projek untuk diundi

Berikut adalah antara isu-isu urban yang ingin kami atasi

Urban icon

Mengimaginasikan Semula Perumahan Bandar

Bagaimanakah caranya agar bangunan-bangunan yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya dapat digunakan semula untuk menggalakkan diversiti perumahan, meramaikan penduduk, dan membina jaringan dengan komuniti sedia ada?

Better Environment icon

Persekitaran yang Lebih Baik untuk Semua

Bagaimanakah caranya untuk kita wujudkan persekitaran yang lebih baik untuk semua, mengurangkan penghasilan sisa dan pencemaran?

Urban Accessibility icon

Mempertingkat Ketersampaian Bandar

Bagaimanakah caranya untuk kita pertingkatkan akses bandar dan menjadikannya lebih mesra penduduk, dengan mengutamakan kesinambungan dan memudahkan penduduk bandar berjalan kaki?

Undian anda boleh mentransformasikan
Pusat Bandar KL

Pemenang akan dianugerahkan sehingga RM200,000 dalam bentuk pembiayaan untuk melaksanakan projek penyelesaian mereka!

Rakan Kongsi Pelaksana

Adakah Anda Ada Sebarang Soalan?

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.